SIARAN MEDIA: KESEMUA 21 PASUKAN BERJAYA MELENGKAPKAN PENSWASTAAN FC

18

2020-10-05

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin mengesahkan bahawa kesemua 21 pasukan telah berjaya melengkapkan penswastaan kelab bola sepak (FC) bersyarikat masing-masing yang turut merangkumi proses pemisahan dari persatuan bola sepak (FA) ke FC.

Ini termasuk sembilan pasukan yang sebelum ini dinyatakan masih dalam proses ketika FAM mengeluarkan siaran media pada 23 September 2020, seminggu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu 30 September 2020. Pasukan-pasukan ini adalah Selangor FA, Kelantan FA, Pahang FA, Pulau Pinang FA, Kedah FA, UiTM FC, PDRM FA, Felda United FC dan UKM FC.

Dengan lengkapnya 21 pasukan ini menyelesaikan proses penswastaan, FAM sekali lagi ingin mengucapkan tahniah atas kesungguhan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak dalam melengkapkan dokumentasi yang diperlukan dan menghantarnya kepada FAM mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan.

Diingatkan di sini adalah bahawa proses ini juga memerlukan pandangan daripada First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM untuk kelulusan lesen penyertaan Liga Malaysia tahun 2021 dan kesemua pasukan telah berjaya menyerahkan dokumentasi sebelum tarikh akhir, meskipun dokumen yang dihantar oleh dua pasukan iaitu Felda United FC dan UKM FC terpaksa melalui proses penelitian lanjut mengenai kedudukan semasa dan kewangan.

Proses penswastaan ini termasuk pemisahan FA ke FC perlu dilakukan oleh semua pasukan CIMB Liga Super 2021 dan Liga Premier 2021 supaya mereka dibenarkan beraksi pada saingan peringkat AFC, sama ada Liga Juara-Juara AFC 2021 atau Piala AFC 2021, jika layak.

Sebagaimana yang semua maklum, projek penswastaan FA ke FC ini telah ditangguh daripada tahun 2013 dan pada 9 Ogos 2017, AFC telah mengarahkan FAM untuk menjalankan proses pemisahan dan juga memenuhi keperluan AFC bagi musim 2021.

Selepas diluluskan penubuhan Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 29 Mac 2019, jawatankuasa khas tersebut telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 19 April 2019 disusuli empat lagi mesyuarat sehingga 14 Ogos 2019.

Pada 23 November 2019, Jawatankuasa Eksekutif FAM telah meluluskan pelaksanaan penswastaan FC bersyarikat ini yang mana seterusnya pada 17 Januari 2020, ia dibentangkan pada Bengkel Setiausaha Agung dan disusuli surat pekeliling arahan untuk melengkapkan proses pemisahan FA ke FC dan penswastaan ini pada 21 Februari 2020.

Di antara tujuh langkah untuk penswastaan yang telah dikenal pasti dan perlu dilakukan setiap pasukan (termasuk kelab) adalah mendapatkan:

 

1. Prakelulusan (surat tiada bantahan dan sokongan) daripada FA

2. Pendaftaran syarikat di bawah SSM

3. Pendaftaran nama & logo kelab dengan MYIPO

4. Pendaftaran Lesen PJS (tidak diperlukan lagi)

5. Menandatangani kontrak tugasan di antara FA dan FC

6. Mendapatkan pengesahan dan kelulusan bertulis daripada FA

7. Mendapatkan surat kelulusan daripada FAM serta AFC

 

Akhirnya selepas beberapa surat peringatan diberikan kepada pasukan-pasukan, kesemuanya telah berjaya menyelesaikan proses ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun FAM ingin mengingatkan kepada semua pasukan bahawa proses dokumentasi penswastaan serta pemisahan dari FA ke FC ini hanyalah baru fasa pertama dalam penswastaan FC ini.

Bagi fasa kedua selepas ini, kesemua pasukan adalah diminta untuk menghantar kedua-dua carta organisasi pengurusan bagi FA dan FC masing-masing, berserta juga kurikulum vitae (CV) setiap individu yang terlibat selewat-lewatnya pada 30 November 2020.

Ini bagi memastikan pemisahan pengurusan dapat dilaksanakan sepenuhnya yang mana barisan pengurusan FA dan FC mereka itu perlu diisi oleh individu berbeza.

Perjalanan penswastaan FC ini masih panjang sebenarnya dengan banyak lagi langkah-langkah atau proses yang perlu dijalani oleh setiap pasukan ini bagi memastikan industri bola sepak negara diswastakan sepenuhnya.

Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM ini akan mengambil peranan baharu pula selepas ini untuk memantau prestasi dan seterusnya dalam pemerkasaan semua FC ini.

Untuk itu, pihak sekretariat FAM telah menyediakan perancangan bagi mengadakan beberapa program yang akan bermula pada awal 2021 nanti dalam memperkasakan lagi penswastaan setiap FC ini.

Antaranya ialah Bengkel Ketua Pegawai Eksekutif, Bengkel Operasi Kelab, Sidang Kemuncak Pengarah Teknikal, Bengkel Perundangan, Bengkel Pemasaran Kelab, Bengkel Keselamatan serta Bengkel Infrastruktur & Stadium.

 

Mohd Firdaus Mohamed

Pengerusi Jawatankuasa Khas Bola Sepak Profesional FAM

 

---

MEDIA RELEASE: 21 TEAMS SUCCESSFULLY COMPLETED FC PRIVATIZATION

2020-10-05

The Football Association of Malaysia (FAM) is pleased to verify that all 21 teams had successfully completed the privatization of their respective football clubs (FC) which includes the separation process from football association (FA) to FC).

This includes the remaining nine teams that were not mentioned in the previous media release dated 23 September 2020, just one week before the completion date on 30 September 2020.  These teams are Selangor FA, Kelantan FA, Pahang FA, Pulau Pinang FA, Kedah FA, UiTM FC, PDRM FA, Felda United FC and UKM FC.

With the completion of the privatization process, FAM would like to congratulate all 21 teams for their hardwork and commitment to complete all the necessary documentation and submitted them to FAM within the deadline.

Kindly be reminded that the process requires the views from FAM Club Licensing First Instance Body (FIB) for the approval of the Malaysian League participation license in 2021 and all teams has successfully to submit their documentation before the deadline, although two teams, Felda United FC and UKM FC were required to go through a thorough documentation review process for current situation and financial status.

The privatization process including the separation from FA to FC is required to be done by all CIMB Liga Super 2021 teams and Liga Premier 2021 so they would be able to participate in the AFC competitions, either the AFC Champions League 2021 or the AFC Cup 2021, if eligible.

The FA to FC privatization project has been postponed since 2013 and on the 9th of August 2017, AFC has instructed FAM to carry out the separation process and to fulfil the AFC requirements for Season 2021.

Upon the establishment approval of the FAM Professional Football Task Force by the FAM Executive Committee on 29 March 2019, the committee held its first meeting on 19 April 2019 followed by 4 more meeting until 14 August 2019.

On 23 November 2019, the FAM Executive Committee approved the implementation of FC privatization in which on 17 January 2020, it was presented during the General Secretary’s Workshop followed by a circular letter dated 21 February 2020 to complete the separation of FA to FC and the privatization process.

Amongst all the 7 steps for the privatization that were identified and were required to be completed by all of the teams (inclusive clubs) are to acquire:

 

1. Pre-approval (a no-objection and support letter) from the FA

2. Registration of company under SSM

3. Registration of name & club logo under MYIPO

4. PJS License Registration (no longer required)

5. The signing of assignment contract between FA and FC

6. To acquire written confirmation and approval from the FA

7. To acquire the approval letter from FAM and AFC

 

After several reminders that were given to the teams, they have all managed to complete the process within the allotted time.

However, FAM would like to remind all of teams that the process of privatization documentation and separation from FA to FC is only the first phase in the FC privatization.

All teams are requested to submit both management organization charts for their respective FA and FC, along with the curriculum vitae (CV) of each individual involved by 30 November 2020 at the latest for the second phase of the process.

This is to ensure that management separation can be fully implemented where their FA and FC management lines need to be filled by different individuals.

It is still a long journey for the FC privatization with many more steps or processes that each teams will need to go through to ensure that the national football industry is fully privatized.

The FAM Professional Football Task Force will take on a new role to monitor the performance and in the empowerment of all FCs.

With that being said, the FAM secretariat has prepared plans to hold several programmes that will begin in early 2021 to further strengthening the privatization of each FC.

Among them are the CEO's Workshop, Club Operations Workshop, Technical Director's Summit, Legal Workshop, Club Marketing Workshop, Security Workshop and Infrastructure & Stadium Workshop.

 

Mohd Firdaus Mohamed

Chairman of the FAM Professional Football Task Force

Загрузка...

Комментарии

Комментарии для сайта Cackle

Читайте на 123ru.net


Другие популярные новости дня сегодня


123ru.net — быстрее, чем Я..., самые свежие и актуальные новости Вашего города — каждый день, каждый час с ежеминутным обновлением! Мгновенная публикация на языке оригинала, без модерации и без купюр в разделе Пользователи сайта 123ru.net.

Как добавить свои новости в наши трансляции? Очень просто. Достаточно отправить заявку на наш электронный адрес mail@29ru.net с указанием адреса Вашей ленты новостей в формате RSS или подать заявку на включение Вашего сайта в наш каталог через форму. После модерации заявки в течении 24 часов Ваша лента новостей начнёт транслироваться в разделе Вашего города. Все новости в нашей ленте новостей отсортированы поминутно по времени публикации, которое указано напротив каждой новости справа также как и прямая ссылка на источник информации. Если у Вас есть интересные фото Вашего города или других населённых пунктов Вашего региона мы также готовы опубликовать их в разделе Вашего города в нашем каталоге региональных сайтов, который на сегодняшний день является самым большим региональным ресурсом, охватывающим все города не только России и Украины, но ещё и Белоруссии и Абхазии. Прислать фото можно здесь. Оперативно разместить свою новость в Вашем городе можно самостоятельно через форму.



Новости 24/7 Все города России



AliExpress RU&CIS





Загрузка...


Топ 10 новостей последнего часа



Загрузка...





123ru.net — ежедневник главных новостей Вашего города и Вашего региона. 123ru.net - новости в деталях, свежий, незамыленный образ событий дня, аналитика минувших событий, прогнозы на будущее и непредвзятый взгляд на настоящее, как всегда, оперативно, честно, без купюр и цензуры каждый час, семь дней в неделю, 24 часа в сутки. Ещё больше местных городских новостей Вашего города — на порталах News-Life.pro и News24.pro. Полная лента региональных новостей на этот час — здесь. Самые свежие и популярные публикации событий в России и в мире сегодня - в ТОП-100 и на сайте Russia24.pro. С 2017 года проект 123ru.net стал мультиязычным и расширил свою аудиторию в мировом пространстве. Теперь нас читает не только русскоязычная аудитория и жители бывшего СССР, но и весь современный мир. 123ru.net - мир новостей без границ и цензуры в режиме реального времени. Каждую минуту - 123 самые горячие новости из городов и регионов. С нами Вы никогда не пропустите главное. А самым главным во все века остаётся "время" - наше и Ваше (у каждого - оно своё). Время - бесценно! Берегите и цените время. Здесь и сейчас — знакомства на 123ru.net. Отели в Москве — здесь. Разместить свою новость локально в любом городе (и даже, на любом языке мира) можно ежесекундно (совершенно бесплатно) с мгновенной публикацией (без цензуры и модерации) самостоятельно - здесь.