MAJLIS UNDIAN PIALA AIRMARINE 2019
Majlis Undian Piala AIRMARINE 2019 telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Isnin, 4 Mac 2019.
Undian menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada Rabu 20 Mac 2019, jam 8.45 malam. Terdahulu pada jam 4.30 petang, Oman akan menentang Afghanistan.
Pemenang akan bertemu pada aksi final pada Sabtu 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan tempat ketiga dan keempat, jam 4.30 petang. Kesemua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.