SIARAN MEDIA: TUDUHAN PBNP TERHADAP FAM BERHUBUNG KES SUMAREH ADALAH TIDAK BERASAS

13

2020-09-22

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin menjelaskan bahawa tuduhan yang telah dibuat oleh Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap persatuan ini berhubung kes pemain, Mohamadou Sumareh adalah tidak berasas.

Kenyataan rasmi daripada PBNP yang telah dikeluarkan pada hari ini dengan menyifatkan FAM sebagai tiada kecenderungan dan tidak menunjukkan minat untuk mencari penyelesaian kemelut ini sama sekali adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Ini kerana, sejak dari permulaan kes ini sehingga ke hari ini, FAM dengan jelas mengikut segala proses, ketetapan dan peraturan, serta turut membantu PBNP dalam memberikan keterangan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi menyelesaikan kes ini.

Berikut adalah kronologi kes berkaitan Sumareh ini untuk semua pihak memahami dan mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara ini:

 

1. Pada 4 Ogos 2020, Sumareh telah menghantar surat pembatalan kontraknya kepada PBNP berdasarkan Klausa 8.7 yang menyatakan bahawa pemain boleh membatalkan kontrak jika pasukannya tidak membayar gaji lebih dari satu kali.

2. Pada 27 Ogos 2020, FAM telah menerima permohonan daripada Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) bagi mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) untuk Sumareh menyertai pasukan baharunya iaitu kelab Thailand, Police Tero FC.

3. Bagaimanapun pada 1 September 2020, FAM menolak permohonan tersebut atas alasan tiada penamatan kontrak secara bersama dan tiada aduan rasmi berkenaan pertelingkahan kontrak pemain diterima daripada mana-mana jawatankuasa FAM.

4. Sehari kemudian, FAT telah membantah penolakan permohonan tersebut dengan meminta bantuan FIFA berhubung perkara membabitkan ITC itu.

5. Pada 3 September 2020, FIFA telah mengeluarkan ITC sementara mengikut peruntukan dalam Annex 3 Artikel 8.2 (7) Peraturan Status Pemindahan Pemain Bola Sepak FIFA untuk membolehkan Sumareh menyertai Police Tero FC.

6. PBNP kemudiannya telah menghubungi FAM dan meminta bantuan untuk mendapatkan alasan keputusan berkenaan ITC sementara kepada Sumareh memandangkan FAM sahaja yang boleh memohon alasan keputusan tersebut.

7. FAM kemudiannya telah menghantar surat rasmi kepada FIFA pada 10 September 2020 bagi memohon alasan keputusan bagi pihak PBNP.

8. FAM telah menerima alasan keputusan daripada FIFA pada 11 September 2020 yang menyatakan tiada halangan untuk Sumareh beraksi bersama Police Tero FC dan keputusan berkenaan kes ITC pemain serta kes penamatan kontrak pemain adalah isu yang berbeza. Keputusan berkenaan ITC tersebut tidak akan mempengaruhi keputusan dan hukuman yang akan dikenakan pemain sekiranya didapati bersalah dalam isu penamatan kontrak kelak. Alasan keputusan tersebut kemudian telah dihantar FAM kepada PBNP.

9. Dalam pada itu, Sumareh pada 9 September 2020 telah membuat aduan terus kepada FIFA berhubung masalah tunggakan gajinya bersama PBNP.

10. Unit Perundangan FIFA pada 11 September 2020 telah menghantar surat kepada PBNP dan disertakan salinan kepada FAM, meminta PBNP untuk mengemukakan keterangan terhadap aduan yang dibuat oleh Sumareh itu selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2020.

11. Pada hari yang sama, PBNP telah menghantar surat kepada FAM untuk meminta supaya aduan mereka terhadap tindakan Sumareh itu diterima.

12. Walaupun memahami Sumareh adalah warganegara Malaysia dan kes ini sepatutnya didengar di peringkat FAM, memandangkan perkara ini telah dibawa ke FIFA dan Unit Perundangan FIFA sudah pun memulakan penyiasatan kes ini, FAM pada 14 September 2020 telah membalas surat PBNP itu dengan menyatakan bahawa kes ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di peringkat FIFA dan FAM hanya akan mengadili kes ini tertakluk kepada keputusan FIFA kelak.

13. FAM bukannya menolak kes ini tetapi telah memberi keterangan yang jelas kepada PBNP di dalam surat pada 14 September 2020 bahawa kes ini sudah menjadi kes FIFA dan FAM tidak boleh mendengar kes ini di peringkat FAM selagi FIFA belum membuat sebarang keputusan atau ketetapan.

14. Perkara ini juga sebenarnya telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi laporan media yang disiarkan oleh Bernama bertarikh pada 17 September 2020 dan turut disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan dan portal berita lain.

 

Dengan kronologi dan penjelasan di atas, ternyata FAM tiada apa-apa kepentingan tertentu dalam menangani kes membabitkan Sumareh ini, malah telah pun mengikut proses yang betul.

FAM bukannya tidak menunjukkan minat untuk mengendalikan aduan PBNP itu, namun seperti yang telah dinyatakan, FAM perlu menghormati proses perundangan FIFA dan akan mengadili kes ini setelah ketetapan dibuat oleh FIFA terlebih dahulu.

FAM juga sentiasa mengambil serius dan membuat tindakan segera mengenai apa saja perkara yang berkaitan ahli gabungan FAM. Walau bagaimanapun, tugas FAM sebagai badan induk adalah untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak sebelum kes didengar dan keputusan dikeluarkan.

FAM menegaskan di sini bahawa PBNP tidak sepatutnya menyalahkan pihak lain, sebaliknya perlu mengendalikan diri dengan lebih bertanggungjawab untuk mengelak kes Klausa 8.7 seperti Sumareh ini berlaku.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Загрузка...

Комментарии

Комментарии для сайта Cackle

Читайте на 123ru.net


Другие популярные новости дня сегодня


123ru.net — быстрее, чем Я..., самые свежие и актуальные новости Вашего города — каждый день, каждый час с ежеминутным обновлением! Мгновенная публикация на языке оригинала, без модерации и без купюр в разделе Пользователи сайта 123ru.net.

Как добавить свои новости в наши трансляции? Очень просто. Достаточно отправить заявку на наш электронный адрес mail@29ru.net с указанием адреса Вашей ленты новостей в формате RSS или подать заявку на включение Вашего сайта в наш каталог через форму. После модерации заявки в течении 24 часов Ваша лента новостей начнёт транслироваться в разделе Вашего города. Все новости в нашей ленте новостей отсортированы поминутно по времени публикации, которое указано напротив каждой новости справа также как и прямая ссылка на источник информации. Если у Вас есть интересные фото Вашего города или других населённых пунктов Вашего региона мы также готовы опубликовать их в разделе Вашего города в нашем каталоге региональных сайтов, который на сегодняшний день является самым большим региональным ресурсом, охватывающим все города не только России и Украины, но ещё и Белоруссии и Абхазии. Прислать фото можно здесь. Оперативно разместить свою новость в Вашем городе можно самостоятельно через форму.



Новости 24/7 Все города России










Загрузка...


Топ 10 новостей последнего часа



Загрузка...





123ru.net — ежедневник главных новостей Вашего города и Вашего региона. 123ru.net - новости в деталях, свежий, незамыленный образ событий дня, аналитика минувших событий, прогнозы на будущее и непредвзятый взгляд на настоящее, как всегда, оперативно, честно, без купюр и цензуры каждый час, семь дней в неделю, 24 часа в сутки. Ещё больше местных городских новостей Вашего города — на порталах News-Life.pro и News24.pro. Полная лента региональных новостей на этот час — здесь. Самые свежие и популярные публикации событий в России и в мире сегодня - в ТОП-100 и на сайте Russia24.pro. С 2017 года проект 123ru.net стал мультиязычным и расширил свою аудиторию в мировом пространстве. Теперь нас читает не только русскоязычная аудитория и жители бывшего СССР, но и весь современный мир. 123ru.net - мир новостей без границ и цензуры в режиме реального времени. Каждую минуту - 123 самые горячие новости из городов и регионов. С нами Вы никогда не пропустите главное. А самым главным во все века остаётся "время" - наше и Ваше (у каждого - оно своё). Время - бесценно! Берегите и цените время. Здесь и сейчас — знакомства на 123ru.net. Отели в Москве — здесь. Разместить свою новость локально в любом городе (и даже, на любом языке мира) можно ежесекундно (совершенно бесплатно) с мгновенной публикацией (без цензуры и модерации) самостоятельно - здесь.