SENARAI AKHIR 14 PEMAIN KE SAT INTERNATIONAL FUTSAL CHAMPIONSHIP 2020 DI HAT YAI, THAILAND (2-8 FEBRUARI 2020)
2020-01-30
Berikut senarai akhir 14 pemain yang dipilih ketua jurulatih futsal lelaki kebangsaan, Chiew Chun Yong bagi membawa cabaran Malaysia pada kejohanan jemputan, SAT International Futsal Championship Thailand 2020 dari 2 hingga 8 Februari 2020 di Hat Yai, Thailand.
BIL |
NAMA |
UMUR |
PASUKAN |
1. |
SYED AIZAD DANIEL SYED NASIR |
24 |
SELANGOR MAC |
2. |
MUHAMMAD FARIQ MOHAMMAD |
33 |
SELANGOR MAC |
3. |
MUHAMMAD SAAD ABDUL SANI |
22 |
SELANGOR MAC |
4. |
MUHAMMAD EKMAL SHAHRIN |
20 |
SELANGOR MAC |
5. |
AZRUL HADEE MOHD TAUFIQ |
33 |
SELANGOR MAC |
6. |
MUHAMMAD SYAWAL SABARUDDIN |
23 |
PERAK |
7. |
MUHAMMAD FARIKH KHABIBOR RAHMAN |
23 |
PERAK |
8. |
ABU HANIFFA HASAN |
29 |
PAHANG RANGERS FC |
9. |
MOHD KHAIRUL EFFENDY MOHD BAHRIN |
33 |
PAHANG RANGERS FC |
10. |
SAIFUL NIZAM MOHD ALI |
29 |
PAHANG RANGERS FC |
11. |
MOHD AZWANN ISMAIL |
28 |
PAHANG RANGERS FC |
12. |
MOHAMAD AWALLUDDIN MAT NAWI |
22 |
PAHANG RANGERS FC |
13. |
MOHD RIDZWAN BAKRI |
26 |
PAHANG RANGERS FC |
14. |
IQHMAL NAJMIE ISMAIL |
20 |
PULAU PINANG |
Enam pemain dari senarai awal 20 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat bermula 23 Januari lalu telah digugurkan iaitu Muhammad Azri Rahman, Mohamad Danial Abdul Dain, Syafiq Hamzah, Ahmad Harith Naim Mohd Nasir, Muhammad Azamuddin Hasan dan Ahmad Akil Khalis Adli Khairuz.
Skuad 14 pemain ini akan berlepas ke Hat Yai, esok (Jumaat, 31 Januari 2020) bagi menghadapi saingan Kumpulan A iaitu aksi bertemu tuan rumah, Thailand pada Ahad, 2 Februari 2020 diikuti aksi kedua bertemu Turkmenistan pada Isnin, 3 Februari 2020.
Jika Malaysia berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, perlawanan separuh akhir dijadual berlangsung pada Khamis, 6 Februari 2020 iaitu bertemu mana-mana dua pasukan teratas dari Kumpulan B iaitu sama ada Iran, Tajikistan atau Kuwait.
Seterusnya perlawanan penentuan tempat ketiga dan final dijadual berlangsung pada Sabtu, 8 Februari 2020.
Thailand menganjurkan kejohanan jemputan ini sebagai persiapan mereka bersama-sama Turkmenistan, Iran, Tajikistan dan Kuwait yang akan beraksi pada pusingan akhir Kejuaraan Futsal AFC 2020 di Ashgabat, Turkmenistan dari 26 Februari hingga 8 Mac 2020.
Malaysia tidak layak ke kelompok 16 pasukan terbaik Asia itu selepas gagal meraih tiga slot bagi Zon ASEAN apabila kandas di peringkat kumpulan pada saingan Kejuaraan Futsal AFF 2019 di Ho Chi Minh City, Vietnam, Oktober lalu. Tiga slot berkenaan diraih Thailand, Indonesia dan Vietnam.
JADUAL PERLAWANAN:
AHAD, 2 FEBRUARI 2020
Iran lwn Kuwait (4.30 ptg)
Thailand lwn Malaysia (7.00 mlm)
ISNIN, 3 FEBRUARI 2020
Kuwait lwn Tajikistan (4.30 ptg)
Malaysia lwn Turkmenistan (7.00 mlm)
SELASA, 4 FEBRUARI 2020
Tajikistan lwn Iran (4.30 ptg)
Turkmenistan lwn Thailand (7.00 mlm)
KHAMIS, 6 FEBRUARI 2020
Juara Kumpulan B lwn Naib Juara Kumpulan A (4.00 ptg)
Juara Kumpulan A lwn Naib Juara Kumpulan B (7.00 mlm)
* Jika Thailand layak, perlawanan separuh akhir yang membabitkan Thailand adalah pada jam 7.00 malam
SABTU, 8 FEBRUARI 2020
Penentuan Tempat Ketiga (4.00 ptg)
Final (7.00 mlm)
* Venue perlawanan di Hatyai Hall, Central Festival
* Waktu tempatan di Thailand